Bagaimanakah akupuntur melegakan sakit kepala dan migrain?

Apakah Akupunktur?

Akupunktur merupakan satu teknik perubatan tradisional yang berasal dari negera China yang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan secara alamiTerapi ini dilakukan dengan cara memasukkan jarum khas ke dalam kulit untuk merangsang titik tertentu pada tubuh. Matlamatnya adalah untuk memulihkan keseimbangan aliran tenaga Qi (Chi) dalam badan.

Qi (Chi) merupakan konsep budaya masyarakat Cina yang mempunyai falsafah sebagai tenaga hidup atau tenaga penting dalam tubuh manusia. Terdapat banyak gejala penyakit yang boleh dirawat dengan teknik ini, termasuk sakit kepala dan migrain. 

Teknik akupunktur dilaporkan dapat mengelakkan migrain berulang

Teknik akupunktur dilaporkan dapat mengurangkan frekuensi migrain dan sakit kepala dalam sebulan, dikutip dari Canadian Medical Association Journal. Kajian ini melibatkan hampir 500 orang dewasa yang dirawat dengan teknik akupunktur dengan menusukkan jarum akupuntur ke titik-titik yang tertentu.

Pada awal kajian, kebanyakan peserta mengalami migrain secara purata enam hari dalam sebulan. Setelah menjalani teknik akupuntur sehingga akhir kajian, para peserta melaporkan bahawa kekerapan migrain yang mereka alami telah menurun hingga tiga kali sebulan.

Hasil yang menakjubkan ini sama dengan kajian lain yang dilaporkan oleh American Migrane Foundation yang mendapati bahawa akupunktur dapat mengurangkan kekerapan sakit kepala hingga 50-59%. Malah, kesan ini boleh bertahan lebih dari enam bulan dan mungkin mempunyai kesan yang sama seperti penggunaan ubat migrain.

Bagaimanakah akupuntur dapat merawat sakit kepala dan migrain?

Teknik rawatan dengan akupunktur menggunakan prinsip mengekalkan aliran tenaga (Qi) untuk menetapkan keseimbangan Qi sepanjang garis meridian. Prinsip ini kemudian dapat menghilangkan tenaga negatif yang menyebabkan sakit dalam tubuh. Apabila anda manjalani akupunktur, beberapa titik tekanan akan dibahagikan kepada badan anda ,itu merupakan lokasi jarum akupunktur.

Sementara itu, migrain adalah gangguan elektrik di cerebrum yang menjejaskan saluran darah dan menyebabkan keradangan neurogenik.   Teknik akupuntur akan melepaskan hormon endorfin dan mengaktifkan saraf di otak yang bertanggungjawab untuk mengurangkan kesakitan. Oleh itu, keradangan yang berlaku di sekitar kepala juga berkurangan disebabkan oleh pembebasan faktor vaskular dan imunomodulator. Dengan itu,  aliran darah di kepala akan dilancarkan.

The content of this website is provided for information purposes only.  Consult with qualified professionals for further diagnosis and treatment.
Reference source: 
https://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/akupuntur-mengatasi-sakit-kepala/
Contact us by email: contact@natureconceptcm.com for any inquiry.

Leave a Reply

Share via
WordPress Lightbox Plugin
en_USEnglish
Send this to a friend