Benarkah Akupunktur Muka dapat membuat Kulit Muka kelihatan lebih muda?

 Akupunktur telah digunakan sejak lama untuk merawat kesakitan di hampir seluruh badan, sakit kepala, sakit pinggang, sakit leher dan sebagainya. Salah satu manfaat rawatan alternatif ini adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit muka. Akupunktur muka dikatakan dapat membuat kulit muka kelihatan lebih muda. Adakah ini benar? 

Akupunktur muka dapat mencegah penuaan kulit 

Akupunktur muka adalah rawatan yang dapat membantu kulit kelihatan lebih muda, licin dan sihat. Sama seperti akupunktur pada umumnya, tetapi kali ini jarum akan dipasang pada pipi. 

Akupuntur muka dilakukan dengan memasukkan  jarum kecil yang tidak menyakitkan ke atas muka. Apabila jarum menembusi kulit, ia akan menyebabkan kecederaan kecil, yang dipanggil microtrauma positif. Apabila badan anda merasakan luka-luka ini, badan akan masuk ke fasa pembaikan yang  dapat membuat wajah lebih cerah dan muda.  

Selain itu, tusukan ini merangsang sistem limfa dan peredaran darah yang berfungsi untuk menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel kulit, memberikan khasiat dari dalam ke luar. Kaedah seperti ini juga membantu meratakan warna kulit dan  meningkatkan kilauan kulit

Mikrotrauma positif juga dapat ​merangsang produksi kolagen yang dapat membantu meningkatkan elastisitas, serta meminimalkan garis-garis halus dan kerutan.

Manfaat akupuntur muka pada jangka masa yang panjang 

Manfaat utama dari akupuntur muka adalah menghasilkan kulit yang cerah. Seolah-olah kulit telah terbangun dari tidur yang panjang, semua darah segar dan oksigen membanjiri wajah. 

Namun tidak seperti suntik Botox atau filler, akupuntur muka bukanlah rawatan yang menghasilkan perubahan yang cepat. Tumpuanya adalah untuk menciptakan perubahan atas kesihatan kulit dan badan dalam jangka masa yang panjang, bukan perbaikan cepat dalam jangka pendek.

Dengan cara ini, akupuntur muka memberikan rangsangan kolagen yang lebih baik, warna kulit yang lebih cerah, mengurangkan ketegangan rahang, dan menjadikan kulit lebih halus serta lembut secara keseluruhan.

Rawatan ini juga bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang mempunyai garis-garis muka, kulit pigmen, parut, lingkaran hitam atau keadaan kulit yang lain seperti jerawat. 

Berapa kali rawatan akupuntur muka boleh mendapat hasil yang optimum?

Akupunktur muka perlu dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu sebanyak 10-15 rawatan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Selepas rawatan akupunktur, anda boleh meneruskan ke spa sebagai peringkat penyelenggaraan untuk kulit muka dalam setiap 4-8 minggu. Rawatan ini membolehkan badan untuk berehat dan pulih. 

Adakah akupunktur muka mempunyai kesan sampingan? 

Kesan sampingan yang paling umum adalah lebam. Walaupun ini hanya berlaku kira-kira 20 peratus orang yang melakukan rawatan akupunktur, tetapi kemungkinan masih ada. Tetapi lebam ini akan hilang sendiri dan dalam masa yang singkat. 

​The content of this website is provided for information purposes only.  Consult with qualified professionals for further diagnosis and treatment.
Reference source:https://hellosehat.com/hidup-sehat/kecantikan/akupuntur-wajah-untuk-awet-muda/

Contact us by email: contact@natureconceptcm.com for any inquiry.

Leave a Reply

Share via
WordPress Lightbox Plugin
en_USEnglish
Send this to a friend